Wednesday, January 21, 2015

PhD Journey: Selesai menulis tesis

Assalamu'alaykum,

owh, sebenarnya post ini nak ditulis ketika first draft siap ditulis beberapa bulan lampau. owh, ketika itu mungkin sekitar bulan Oktober 2014. hampir 3 bulan berlalu selepas berjaya mengumpul semua tulisan dalam satu buku yang boleh tahan tebalnya.

tesis kali ini, walaupun sebenarnya tak puas hati bila disiapkan, sebab ada perkara yang rasanya nak masukkan lagi, tapi masih perlu pembetulan. so, untuk mengetahui samada tesis itu telah mencukupi, maka ianya dikumpulkan, dan dicetak sebelum diberikan kepada penyelia. ini supaya sebarang pembetulan dan penambahan ide akan dapat dikembangkan lagi selepas ini.

jadi, sekarang?

menunggu pembetulan dari penyelia. sementara menulis journal pula. untuk dipublish. owh, 3 journal dah menolak submission. maka perlu cari journal lain yang lebih sesuai untuk dipublish. moga ALLAH mudahkan.

anyway, teruskan berusaha. sebahagian perjalanan yang panjang ini telah berlalu, dan tidak pasti bila ianya akan berakhir. hanya ALLAH yang lebih mengetahui.

semoga berjaya

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah