Sunday, December 1, 2013

Phd Journey: update minggu 25 - 29 Nov 2013

Assalamu'alaykum,

jadi selama seminggu apakah lagi perkara yang telah berjaya dicapai?

sebenarnya entry ini hanyalah bebelan, untuk kenal pasti apa yang telah dicapai, dan untuk menaikkan motivasi untuk terus berjuang dalam arena PhD ini.



ok, here we go.

1. menghabiskan penulisan chapter 3, bahagian qualitative sampling.
ok, penulisan ini mengambil masa juga untuk dihabiskan, kerana banyak jua yang hendak ditulis, dan dikenal pasti sebelum di tulis.

2. pembacaan collaboration dan triangulation
ok, untuk membuat data collection dan analysis, perlu faham dulu tentang kolaborasidan juga analysis triangulation. hasil pembacaan perlu dibuatkan sedikit rumusan, atau dalam bentuk artikel pendek, untuk memahami perkara tersebut, disamping dalam terus memasukkan artikel pendek itu ke dalam bahagian literature review.


perkara hendak dicapai minggu ini (2 - 6 dec 2013)
1. mendapatkan senarai responden
untuk mendapatkan senarai nama responden ini, kita perlu senaraikan nama agensi yang terlibat, dan untuk setiap agensi, berapa ramai yang diperlukan untuk menjawab respon ini. selepas itu, perlu diemail/hantar surat untuk mendapatkan respon daripada senarai responden.

2. menyiapkan artikel collaboration
artikel collaboration ini merupakan salah satu bahagian dalam bab literature review. disebabkan ianya belum ditulis, dan memerlukan masa, maka sedikit masa untuk mengkaji bab collaboration diperlukan, dan untuk menjadikannya efisien, maka hasil pemahaman akan terus dijadikan artikel pendek, atau mungkin tidak berapa pendek, bergantung kepada maklumat yang dikumpulkan, dan berjaya dihadam

3. membuat artikel triangulation
triangulation ialah salah satu analisis yang digunakan dalam penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. ianya akan menyambung, dan mencari titik persamaan antara analisis, dan maklumat itu akan dijadikan sebagai penanda aras utama. ia dibaca daripada buku "introduction to qualitative analysis", perlu faham bagaimana nak buat analysis tersebut.

ok, mari teruskan langkah dan berwaspada...!

mainkan lagu
cuba lagi - malique dan lah v.e
usah putus asa - akhbar feat mirwana

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah