Tuesday, December 17, 2013

PhD Journey: Kajian Kaedah Campuran (Mixed Method)

Assalamu'alaykum,

dalam penyelidikan, secara asasnya terdapat dua jenis kaedah penyelidikan yang sering digunakan, iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Berikut adalah penerangan secara ringkas;


Penyelidikan kuantitatif merupakan kaedah penyelidikan berasaskan numerika (Chua, 2013). penyelidikan kuantitatif data numerika yang dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan ujian statistik. Pemboleh-ubah dalam satu-satu fenomena di bawah kajian kuantitatif dipecahkan kepada butiran (item), dan masalah kajian akan dinyatakan dalam bentuk hipotesis. ini dilakukan untuk menguji teori, membina fakta, dan menyatakan perhubungan antara pemboleh-ubah di dalam kajian (Chua, 2013).

penyelidikan kualitatif dilaksanakan dalam bidang sains sosial untuk memahami fenomena dan kebudayaan sosial (Myers, 1997). Penyelidikan kualitatif direka untuk membantu penyelidik memahami persekitaran (environment) dan menjelaskan fenomena yang sudah dan akan berlaku (Chua, 2012). Kaedah kualitatif berbentuk penghuraian data dalam bentuk teks kerana persekitaran sukar untuk dijelaskan berdasarkan sepenuhnya kepada angka. Kaedah pengumpulan data kaedah kualitatif termasuk pemerhatian (observation), temu bulan (interview), dan analisis dokumen (teks, imej, video, audio).

Kajian Kaedah Campuran (Mixed Method Research) pula merupakan kombinasi kaedah, falsafah, dan haluan rekabentuk penyelidikan (Creswell and Clark, 2011), merangkumi;

  • Mengumpul dan analisisdata kualitatif dan kuantitatif secara teliti dan menyakinkan
  • Menggabungkan atau menghubungkan dua jenis data secara serentak dengan cara menggabungkan secara berturutan atau menerapkan salah satu ke dalam yang lain
  • Memberikan kepentingan kepada salah satu atau kedua bentuk data (berdasarkan kepada penekanan dalam penyelidikan)
  • Menggunakan prosedur ini dalam satu kajian atau mengikut beberapa fasa
  • Merangka prosedur mengikut pandangan falsafah atau pandangan teori
  • Menggabungkan prosedur ke dalam rekabentuk kajian yang spesifik yang akan memberi halatuju untuk melaksanakan kajian.

Secara dasarnya, kajian kaedah campuran merupakan gabungan antara penyelidikan kuantitatif dengan penyelidikan kualitatif, untuk saling menguatkan hujah antara keduanya. adakala, penyelidikan kuantitatif tidak mampu menyampaikan secara terperinci berkenaan persekitaran yang dikaji. begitu juga penyelidikan kualitatif, ianya tidak mampu menerangkan secara generalisasi berkenaan isu yang dibangkitkan. gabungan kedua-dua kaedah penyelidikan ini mampu menerangkan secara terperinci masalah kajian, pada masa yang sama mampu mengeneralisasikan isu yang dikaji.



Reference:
Chua Yan Piaw, 2012, Asas Statistik Penyelidikan, McGraw Hill Education
Myer, M.D, 1997, Qualitative Research in information systems, MIS Quarterly
Creswell, J. W. and V. L. P. Clark (2011). Designing and Conducting Mixed Methods Research, SAGE Publications.

2 comments:

  1. buku rekabentuk penyelidikan (Creswell and Clark, 2011),tu edisi terbaru tahun bila?

    ReplyDelete

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah