Monday, November 25, 2013

Phd Journey: Update minggu 18 - 22 Nov 2013

Assalamu'alaykum,

minggu ini, beberapa perkara berjaya difahami dan dilaksanakan. walaupun tak banyak.


orait, untuk kefahaman, beberapa perkara berjaya difahami;
1. untuk analisis data kualititatif, terdapat beberapa kaedah boleh dilaksanakan, iaitu tipologi, analisis domain (taxonomy analysis), analisis pembentukan teori, analisis statistik kuasi dan lain2 lagi (kurang relevan).

untuk dilaksanakan dalam penyelidikan ini, method atau kaedah yang akan digunakan adalah analisis tipologi digabungkan dengan analisis SWOT. analisis tipologi adalah analisis di mana semua isu yang disebut oleh reponden(s) akan dicatatkan, kemudiannya isu2 ini akan dikelaskan mengikut kategori, corak atau tema yang tertentu, dan akhirnya kategori, corak atau tema ini akan digabungkan menjadi tema utama. satu kaedah analisis yang menarik. dan menggunakan perisian Atlas.ti, ia akan memudahkan lagi proses "coding", atau "catatan isu", contoh, isu2 berkaitan dengan pangkalan data (database) akan di"code"kan dalam satu "coding" yang sama. beberapa isu berkaitan pangkalan kemudian akan digabungkan bawah tema/kategori database, dan akhirnya mungkin dimasukkan dalam tema utama "Sistem Maklumat/Information System"

2. penulisan literatur
untuk penulisan literatur, kaedah pembahagian bab/chapter. sebelum ini selalu didedahkan dengan kaedah segitiga, iaitu daripada isu yang besar, dikecilkan skop kepada isu yang lebih kecil, dan kemudian kepada isu utama (contribution) yang akan dibuat proses penyelidikan. kaedah ini selalu digunakan, kerana ia membantu mendapatkan "niche" dalam penyelidikan dengan lebih mudah.


selain itu, terdapat juga kaedah pertindihan isu, lebih kepada and/or dalam statistik, seperti gambarajah di bawah (boleh rujuk video dalam entry terdahulu). di mana isu2 utama di tindihkan, untuk mendapatkan isu utama yang akan dikenalpasti dan dibuat penyelidikannya. kaedah ini sangat sesuai dalam penyelidikan yang sedang dilaksanakan sekarang ini. kerana dengan kaedah literature ini, kita dapat melihat dari sudut pandang berbeza, dan penggabungan isu, untuk menjadi contribution dalam penyelidikan kita.


kaedah ketiga adalah kaedah saling melengkapi (juga terdapat dalam video dalam entry terdahulu), seperti gambarajah dibawah, di mana beberapa isu digabunggkan, untuk menjadikan isu yang berkaitan menjadi isu yang relevan.


3. Analisis kuantitatif
analisis kuantitatif lebih sukar dilaksanakan, kerana ia memerlukan langkah lebih yang lebih banyak berbanding kaedah kualitatif interview-based. jika kaedah pemerhatian dan dokumentasi yang lebih rumit, maka method kualitatif akan menjadi lebih sukar.

untuk kuantitatif, data yang diambil perlu diproses dahulu normality, untuk memastikan berapakah nilai kenormalan data. sekiranya 90%, maka ianya boleh digunakan dalam proses analisis seterusnya.

kemudian, data perlu dianalisis berdasarkan jenis data, samada ordinal, nominal, nisbah, selang atau likert. setiap satu ada kaedah analisis berbeza. untuk penyelidikan ini, kaedah yang akan digunakan masih belum ditetapkan. samada Mann-WHitney U, Kruskal-Wallis H, atau Spearman Correlation.

orait, itu lebih kurang progress untuk minggu 18 hingga 22 Nov 2013.

wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah