Tuesday, November 26, 2013

Phd Journey: list of things to do

Assalamu'alaykum,

ok, sementara waktu senggang (sebenarnya kepala sedikit tepu), nak buat post tentang perancangan dan perlaksanaan dalam penyelidikan.


ok, dalam penyelidikan, banyak perkara perlu dibuat, dan ia memerlukan perancangan yang teliti, dan perlaksanaan yang teratur. ok, 2 perkara yang menarik.

1. perancangan yang teliti;
ia melibatkan perkara yang ingin dibuat, dan bila kita ingin membuatnya. seboleh mungkin, cuba untuk buat secara terperinci. ianya perlu ada perancangan tahunan, bulanan, mingguan dan harian.

perancangan tahunan dibuat dengan menulis perkara/tugasan/hal utama yang ingin diselesaikan. contohnya; membuat literatur, membuat metodologi kajian, pengumpulan data, analisis data dan perbincangan. secara dasarnya, dalam penyelidikan, ini perkara yang biasa (turutan dalam tesis).

kemudian, perancangan itu dipecahkan mengikut bulanan. contohnya, untuk membuat kajian literatur, kita berikan masa 3 bulan, dan setiap bulan kita rancang berapa topik yang ingin diliputi (things to cover, haha). atau contoh lain, untuk pengumpulan data, kita boleh rancang berapa bulan yang diperlukan. sebulan, dua bulan atau lebih?

kemudian, perancangan bulanan itu dipecahkan kepada mingguan pula. iaitu contoh kajian literatur, kita ingin mencari jurnal, baca dan buat kesimpulan. kemudian, kita letak masa untuk habiskan sesuatu topik kecil. contohnya, dalam minggu ini, perlu habiskan topik berkenaan "kepentingan pangkalan data dalam pengurusan murid". minggu depan mungkin kita ubah atau teruskan dengan topik yang lain.

untuk perancangan harian, kita akan tetapkan apakah tugasan harian kita. contoh; kita akan tetapkan sehari untuk cari senarai jurnal berkaitan (10 jurnal per topik kecil cukup kot, nak dapat gambaran), dan mungkin 2-3 hari untuk baca sambil menyiapkan artikel tersebut. artikel pendek (1-5ms) akan dapat beri gambaran berkenaan topik kecil tersebut. topik kecil tersebut juga boleh dimasukkan dalam tesis kemudiannya.

2. perlaksanaan.
ini perkara paling sukar....biasanya akan ada pelbagai perkara akan "mengganggu" perancangan kita. dengan adanya perancangan di awal (atas), ia akan dapat membantu melihat kemajuan perlaksanaan perancangan kita. sekiranya sesuatu perancangan harian/minggu tidak dapat dilaksanakan, kita akan dapat kenalpasti apa perkara yang tidak terlaksana tersebut, dan dapat dirancangan dalam minggu yang berikutnya. dan perancangan semula (sekiranya terdapat halangan besar) dapat dilaksanakan.

kesimpulan
perancangan dan perlaksanaan akan berkait rapat antara satu sama lain. perlaksanaan akan berdasarkan perancangan, dan perancangan perlu diseimbangkan dengan keupayaan perlaksanaan kita. sekiranya kita hanya mampu membaca 1-2 jurnal sehari, kenapa dalam perancangan kita letak 10 dan 20 jurnal sehari? ianya tidak logik.

jadi, yang penting, rancang penyelidikan anda terlebih dahulu, dan laksanakan, walau hanya membaca satu muka jurnal sahaja sehari!

walalhu'alam

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah