Tuesday, December 11, 2012

PhD Journey: Bermulanya Pengumpulan Data

Assalamu'alaykum,

salah satu ceritera dalam PhD Journey, adalah pengumpulan data. pengumpulan data juga terdapat 2 jenis (secara specific), iaitu data qualitative, dan data quantitative. data qualitative adalah data yang tidak mempunyai angka2 specific, manakala data quantitative adalah data yang lebih mudah dibuat analisis secara matematik.

So, bermula sekitar awal November 2012 yang lalu, proses pengumpulan data PhD saya telah bermula, dengan usaha untuk email kepada personel yang berkenaan, iaitu ketua unit IT, ketua jabatan GIS, dan beberapa lagi personel yang rasanya mempunyai kelebihan pengetahuan berkenaan sistem yang ada di jabatan mereka, dan juga berkenaan kerjasama yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh mereka.

Setakat ini, 1 agensi swasta, 2 personel agensi kerajaan, dan juga 3 research centre berjaya ditemu bual. dan menyusul, ada sekitar 4-5 personel agensi kerajaan yang bersetuju untuk berjumpa minggu ini, dan juga minggu hadapan.

maklumat dari temubual perlu dianalisis, untuk memastikan komponen penting dalam pembangunan framework atau model dapat dikenalpasti.

jadi, semoga usaha kecil ini akan dapat memberikan impak (contribution) kepada masyarakat Malaysia secara khususnya, dan masyarakat dunia secara amnya.


No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah