Thursday, October 18, 2012

PhD Journey: Menulis Review

Assalamu'alaykum,

bismillah wal hamdulillah...

lama tidak menulis dalam blog ni juga. semua blog menjadi picisan dan menjadi keberatan untuk dibaca dan ditulis. semoga sedikit usaha ini mampu menaikkan semangat untuk kembali berkarya..insyaALLAH.

Review Paper: Chapter Literature Review

setelah membuat dan membaca pelbagai bahan, journal, proceeding, power point, law, dan sebagainya, akhirnya dapat satu kesimpulan untuk menulis satu jurnal review yang baik, memerlukan beberapa point, terima kasih kepada penulis journal "Understanding marine ecosystem based management: a literature review (2009)", iaitu Mr Richard Curtin. jurnal ini paper atau bahan ke 101 yang saya baca. selepas lebih seratus paper dan bahan dibaca, baru tahu, this is how it should be done.

petuanya simple dan mudah. kita perlu tanyakan soalan kepada diri kita, berkenaan tajuk penyelidikan yang kita ingin laksanakan.

1. What is __________ ?
soalan pertama, adalah what is the meaning of (what-ever-title-you-being-doing)? dalam bahagian ini, kita cuma perlu mengeluarkan definisi berkaitan tajuk yang kita akan bincangkan. contohnya, dalam tajuk Curtin (2009) di atas, dia menerangkan what is marine ecosystem based management? dia mengeluarkan definisi dan penerangan daripada beberapa orang berkenaan tajuk ini. siapa, dan dibandingkan pula beberapa definisi yang berlainan dari orang perseorangan yang berlainan. kemudian, daripada definisi2 ini, dia akan memilih satu definisi yang dia akan gunakan, dan dia menjustifikasikan kenapa definisi itu dipilih. kelihatan mudah, tapi untuk menulis dan menerangkan dalam kata2 saintifik, ianya sangat sukar.

2. Why is it needed?
soalan kedua dalam literature review, adalah kenapa ianya penting? dan kenapa ianya diperlukan? dalam kes Curtin (2009) kenapa perlunya ada marine ecosystem based management? ketika ini, kita akan terangkan, driver, atau daya penolak kepada tajuk yang kita buat. sebagai contoh, dalam kes Curtin (2009), daya penolaknya adalah dari sudut social, economy, dan ecology (environmental). dan isu ini dikupas mengikut sub-topik tersebut.

di sini juga akan dikupas, isu2 berkaitan. isu dalam social, dalam economy dan dalam ecology dikupas dengan menarik. selain itu, boleh juga dimasukkan kelebihan, kekurangan, had limit, kekangan dalam tajuk why is it needed..

3. How is it implemented?
soalan ketiga ini, adalah berkenaan, contoh2 implementasi, atau kaedah2 yang telah orang laksanakan sebelum ini. mungkin ada yang sama sepenuhnya, mungkin hanya sedikit yang sama, atau mungkin, langsung tiada, dan sebab itu kajian kita diperlukan.

dalam sub-topik ini, kita akan bincangkan implementasi yang dilakukan secara global, regional, national, state, dan local. ketika ini akan dibincangkan secara terperinci contoh2 perlaksanaan penyelidikan yang pernah dilakukan oleh orang lain. bagaimana mereka melakukannya, apa komponen yang mereka gunakan, dan sebagainya..

selepas ketiga-tiga soalan di atas dijawab, langkah seterusnya adalah untuk kita berbincang berkenaan topik yang kita akan lakukan. perbincangan adalah kepentingan kajian yang akan kita lakukan, komponen2 yang akan kita gunakan, dan method yang dicadangkan akan dibuat dalam kajian kita.

dan itulah dia, satu journal paper akan mampu disiapkan hanya berdasarkan 3 topik soalan, dan 1 topik perbincangan. dan yang penting, adalah bagaimana kita menulisnya, dan bagaimana kita blend semuanya dalam satu kaedah yang kritis dan dinamis.

semoga penulisan ini mampu membawa manfaat kepada diri sendiri.

paling penting, terima kasih, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana memberikan ilham kepada hambaNya yang lemah ini. semoga ia mampu menjadi saham kepada diri sendiri di akhirat kelak.

wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah