Sunday, October 21, 2012

PhD Journey: Data Collection


Assalamu’alaykum,

Dalam melakukan penyelidikan, salah satu method yang pasti dilalui adalah mengumpulan data, banyak atau sikit bergantung kepada tahap penyelidikan, dan penggunaan sampel yang berkesan. 

Kebiasaannya, penyelidik akan menggunakan data primary, atau data utama, yang mana data ini perlu dikumpul sendiri oleh penyelidik, dan perlu diproses mengikut keperluan penyelidikan yang dijalankan.

Namun begitu, ada juga data secondary, atau data yang telah dikumpul dan diproses oleh penyelidik atau institusi terdahulu. Contohnya jumlah populasi penduduk di Taman A, data itu telah dikumpul kebiasaannya oleh Jabatan Perangkaan, yang akan digunakan oleh pelbagai pihak. Data yang telah diproses ini akhirnya boleh digunakan dalam penyelidikan, dan ia adalah data sekunder, yang juga mampu memberikan impak penting dalam penyelidikan.

Dalam melaksanakan penyelidikan, pengumpulan data terdapat jenis kuantitatif, dan kualitatif. Data kuantititatif kebiasaannya merupakan data yang digunakan untuk membuat statistic, pengiraan dan sebagainya. Manakala data kualitatif, kebiasaannya sukar untuk dibuat statistic kerana naturenya lebih kepada olahan.

Sebagai contoh, data kuantitatif, adalah data daripada makmal, atau melalui soalan2 survey, questionnaire. Data ini boleh dilihat kadar keberkesanan, dan sebagainya. Dan hasil dari data kuantitatif akan boleh disandarkan dengan lebih mudah. Contohnya adalah seperti kadar minat seseorang terhadap waktu berita. Situasi di Malaysia menunjukkan penonton suka melihat berita jam 8 malam, namun di Singapura, penonton lebih suka menonton berita sekitar jam 9 malam (tapi kajian ini bukan dilakukan oleh saya, ini andaian sahaja).

Data kualitatif lebih sukar untuk diolah dan dihadam oleh penyelidik. Kebiasaannya, penyelidik akan melakukan sesi temubual, untuk mengumpul data. Soalannya lebih tidak terlalu berstruktur dan teliti seperti dalam questionnaire. Contohnya, dalam questionnaire, kita boleh bertanya kepada responden, “apakah iklan yang anda suka?” a. sukan, b. fesyen, c. Teknologi. Akan tetapi dalam soalan2 kualitatif, ianya lebih terbuka. Responden boleh menyatakan apa sahaja kehendaknya, lebih besar dari skop yang ditanya dalam soalan kuantitatif

Jadi, untuk penyelidikan saya, saya menggunakan kedua2 kaedah, kuantitatif dan kualitatif, yang mana pengumpulan data melibatkan sesi temubual, dan juga sesi pengumpulan pendapat berdasarkan questionnaire, dan hasil dari keduanya, akan dapat menunjukkan apa komponen yang boleh digunakan, dan kenapa ianya perlu disandarkan kepada hala tuju penyelidikan saya.

Jadi, tidak perlu hanya bergantung kepada satu jenis pengumpulan data sahaja, malah boleh juga digabungkan, dan itu dapat menampung keperluan dan kekurangan dari salah satu kaedah pengumpulan data yang telah dinyatakan.

Wallahu’alam

1 comment:

  1. Berguna. Kalau satu hari nanti ana amik phd ana cari semula blog nta ni. Huahuahua

    ReplyDelete

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah