Thursday, December 8, 2011

PhD Journey: Group Support (2011/12/week2)

Assalamu'alaykum,

hampir setahun penulis melanjutkan pengajian di peringkat PhD ini, dan pelbagai pengalaman telah dilalui, dan ramai orang yang telah dikenali. ada yang sangat membantu, ada yang cuma pandai berkata-kata, ada yang penuh idea, dan pelbagai lagi ragam manusia.


bumi UPM penuh dengan ramai pelajar, dari dalam Malaysia, dan luar negara. masing-masing dengan karakter masing-masing. ada yang sudah berkeluarga, ada yang masih bujang teruna. ada yang mancung hidungnya, dan ada yang keli rambutnya. semuanya penuh dengan warna-warni kehidupan.

bumi UPM telah mengenalkan penulis dengan beberapa manusia yang sangat baik, yang sangat membantu dalam kehidupan, dan juga dalam penyelidikan/pembelajaran. rakan-rakan spatial group, adalah yang paling rapat, kerana sentiasa bertemu, di dalam lab, dan juga di mesyuarat berkala yang tidak tentu bila waktunya.

ada juga rakan sekelas yang banyak membantu, dalam semester lepas dan juga semester ini.

entry ini, dedikasi buat teman2 research, dan juga teman2 sekelas selama hampir setahun ini..

rakan2 semakmal/group research:
Ruzinoor Che Mat - yang kembali bertugas kembali dalam masa terdekat
Halim Hamzah - juga akan tamat cuti belajar
Hafiz Hazir - yang telah viva, tamat master
Veena - yang masih merangkak bersama-sama

dan rakan2 sekelas:
Nor-E Fadliwie - yang sangat membantu dalam kelas GPS dan Hyperspectral
Sattar - bantu dalam kelas Research Methodology
Siti Hajar - yang penuh pengalaman membuat biskut
Ain - yang selalu takde dalam kelas
Sinan Jasim - Pak Iraq yang sangat bagus
Malik - orang Remote Sensing yang banyak pengalaman

dan lain2, semoga perjalanan yang tidak berapa panjang ini, mampu dihabiskan dalam jangka masa yang terbaik, moga ALLAH membantu kalian di masa akan datang, ada rezeki jumpa lagi~


No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah