Tuesday, August 16, 2011

PhD: Research Delay

Assalamu'alaykum,

owh owh...dalam penyelidikan, ada masanya apabila penyelidikan terpaksa di"rehat"kan sementara. terdapat banyak sebab yang boleh "membantu" proses kerehatan ini.


antaranya, apabila ada pertandingan poster, yang mana masa yang digunakan untuk penyelidikan, akan disalurkan untuk menyempurnakan poster yang terbaik, agar dapat memenangi sesuatu pertandingan.

ada juga disebabkan oleh kesakitan tubuh badan yang menimpa penyelidik. ya, ini yang telah men"delay"kan penyelidikan sejak minggu lepas. kesakitan yang kelihatan remeh ini, mampu menyebabkan penyelidik terus tidak membuat penyelidikan langsung.

menjadi penyelidik yang bergantung kepada waktu yang telah ditetapkan (baca; kepada biasiswa), memerlukan penyelidikan yang fokus, dan efektif selalu. ianya perlu seimbang, antara fizikal, mental dan spiritual. fizikal yang sakit, akan melewatkan penyelidikan, begitu juga, dengan mental yang tidak kuat, akan menyebabkan penyelidik tidak pantas membuat keputusan, dan melambatkan proses pembacaan dan sebagainya. dan spiritual yang tidak kuat juga akan menyebabkan kekurangan semangat untuk meneruskan penyelidikan, andai kata ada musibah yang berlaku di tengah jalan..

jadi, kesimpulannya, kita perlu seimbangkan semuanya, dan itu yang telah diajarkan oleh ISLAM, yang telah dipraktikkan secara terus oleh Ar-Rasul s.a.w. fizikal yang mantap, mental yang kuat, dan spiritual yang sihat. jom kita jaga diri kita, dan terus menerus memperjuangkan ISLAM dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Ar-Rasul s.a.w...

wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah