Tuesday, August 2, 2011

PhD: pencarian SCOPUS

Assalamu'alaykum,

so, kali ini, topik yang akan dibincangkan, adalah tentang penggunaan aplikasi dari website SCOPUS untuk mencari tajuk/artikel/jurnal/proceeding yang berkaitan dengan penyelidikan yang kita lakukan.


tidak dinafikan, (baca: bukan dafi), pencarian menggunakan aplikasi web, memudahkan. namun ia perlukan teknik yang betul untuk mencari, dan menggunakan aplikasi web yang betul. ia, benar, jika sebelum ini, anda menggunakan google search, sila lupakan dulu, ia akan menyukarkan hidup anda lagi (baca: saya telah laluinya selama setahun). dan pencarian menggunakan website seperti SCOPUS, atau ISI web of knowledge banyak membantu.

pencarian boleh dilakukan menggunakan IP universiti anda. ya, jika anda ada duit biasiswa atau pinjaman yang berlebihan juga boleh beli akaun dengan SCOPUS, dan membeli jurnal yang tersenarai. akan tetapi, disebabkan penulis adalah seorang yang mahu berjimat cermat, maka penulis memilih untuk menggunakan alamat VPN dari UTM sahaja untuk memudahkan proses pencarian.

dengan menggunakan aplikasi SCOPUS, ia akan memudahkan kita mencari jurnal/artikel yang berkaitan. ia juga dilengkapi dengan aplikasi export ke bentuk EndNote. ia akan memudahkan kita memuatturun dan mengambil maklumat berkaitan dengan sekali jalan. (baca: sesukahatije).

daripada maklumat yang dimuatturun itu, penyelidik dapat simpan dalam perpustakaan EndNote yang boleh disimpan dalam bentuk *.enl, dan boleh dipindahkan ke komputer lain dengan menyimpan file *.enl tersebut.

orait..

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah