Wednesday, June 15, 2011

PhD: Meeting Research Group

Assalamu'alaykum,

Kumpulan research kami, (baca: Spatial Research Group, SRG) kebiasaannya bermesyuarat setiap bulan sekali, dan ia dibuat dengan pelbagai tujuan (baca: gosip). dalam mesyuarat ini, kebiasaannya dilakukan untuk melihat progress kajian yang sedang dilakukan, dan perancangan akan datang, apa yang perlu dilakukan, dan penambah baikan daripada apa yang dirancang. kebiasaannya, kumpulan penyelidik ini akan memberikan pelbagai idea bernas, kerana dua kepala lebih baik dari satu kepala, dan banyak kepala lebih baik dari dua kepala, kan?


jadi, mesyuarat kali ini, kami membincangkan mengenai apa yang telah dicapai dalam setengah tahun (baca: tahun 2011), dan apa perancangan seterusnya. dan untuk penulis, masih dalam tahap proposal, di mana terdapat banyak lagi perlu diperbaiki, dan dicari kelainan, dan sumbangan (baca: contribution) kepada penyelidikan secara umumnya.

dan setiap telah membentangkan apa kisah mereka (baca; what their story), dan perancangan masing.2 ada 2 orang yang telah menghantar jurnal, dan beberapa orang lain sedang berusaha ke arah itu. dan penulis, hanya mendiamkan diri, sebab masih belum punya penyelidikan yang mampu me"WOW"kan pembaca jurnal yang lain, lebih2 lagi editor jurnal tersebut.

mesyuarat kemudian berterusan dengan pembentangan poster oleh saudara Hafiz, dan pelbagai komen membina telah diberikan kepadanya untuk memperbaiki posternya. dan proses ini agak lama, kerana beberapa perkara perlu dibetulkan.

kenapa perlu mesyuarat, ini untuk memberikan peluang kepada semua penyelidik memberitahu rakan2, apa yang mereka sedang laksanakan, dan sekiranya ada cadangan yang menambah baik, maka boleh diutarakan. dan diharapkan dengan perkongsian dan pemberian idea dengan cara yang mesra, dapat memberikan mood yang menarik kepada semua penyelidik untuk meningkatkan prestasi masing2

orait. lama tak tulis untuk blog ni.hoho..~~

wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah