Wednesday, April 27, 2011

PhD: peperiksaan untuk pelajar PhD

Assalamu'alaykum,

alhamdulillah, akhirnya selamat menjalani peperiksaan dan kelas selama 1 semester. satu jangka masa yang panjang, tetapi pendek. kenapa ye? kerana satu semester, boleh belajar banyak perkara dari subjek yang diambil, dan dalam masa yang sama, terlalu sedikit perkara yang boleh dibuat.


perkara mengenai peperiksaan ini pernah dibincangkan dalam mesyuarat bulanan kumpulan penyelidikan spatial (baca: iye, research group kami ada monthly meeting), yang mana Penyelia (baca: Supervisor bukan supervisa) telah memanggil each and every body dalam jagaan dia untuk meeting, dan membincangkan beberapa perkara. pada awalnya, ia seperti satu perkara yang "sedikit mengganggu" perjalanan penyelidikan, akan tetapi, dengan berlalunya masa, dapat dilihat, bahawa perbincangan ini menjadi sangat signifikan, untuk bertukar-tukar ide (baca: idea dalam bahasa melayu), dan membantu apa yang tidak mampu dilaksanakan secara persendirian.

kembali ke isu kepentingan mengambil subjek+tugasan+kuiz+peperiksaan. kepada pelajar yang baru (baca: seperti saya), ianya sangat membebankan, kerana perlu menyeimbangkan antara pelajaran, dan research (baca: berat wooo). akan tetapi, pelajar yang lebih senior, mula memahami kepentingan untuk mengambil subjek2 penting tersebut. sebagai contoh, subjek research methodology, yang sangat membantu dalam membuat penyelidikan, dengan menerangkan aspek yang penting dalam penyelidikan, dan beberapa aspek lain yang sangat penting.

jadi? kesimpulannya, peperiksaan akan membantu kita menguatkan ingatan mengenai subjek, yang pastinya akan digunakan kelak (baca: penulisan proposal, jurnal dan sebagainya). semoga ALLAH menganjari Penyeliaku, dan semua mereka yang membantu sepanjang satu semester ini.

wallahu'alam....

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah