Friday, April 8, 2011

PhD: pencarian journal

Assalamu'alaykum,

rasanya belum ada entry lagi untuk menceritakan serba sedikit kaedah pencarian journal+maklumat berkenaan penyelidikan yang dilakukan.


dalam penyelidikan, terdapat pelbagai bahan yang boleh digunakan sebagai rujukan (baca: reference). sumber paling utama adalah journal (baca: jurnal). kenapa ye? sebab jurnal merupakan bahan yang paling cepat dikeluarkan. (baca: walaupun tempoh hantar sehingga publish adalah lebih kurang setahun) berbanding buku, ia memerlukan tempoh masa yang lebih panjang untuk proses menulis, dan proses suntingan (baca: editing), dan seterusnya pembetulan (baca: correction), dan akhirnya sedia dipublish (baca: beberapa proses lain di skip atas kemalasan penulis)

selain itu, terdapat juga Book Chapter, yang merupakan hasil penulisan beberapa (baca: ramai giler) orang yang berada dalam bidang yang sama. contohnya bidang aeroangkasa, akan ada sekumpulan penyelidik akan menulis satu paper (baca: macam jurnal), berkaitan isu yang nak dibangkitkan, dan akhirnya digabungkan. Book Chapter juga lebih cepat dipublish, sekiranya editor yang mengelolanya pantas melaksanakan kerja beliau.

website Scopus

kedua-dua bahan ini boleh dicari secara mudah dalam enjin carian (baca: search engine) seperti SCOPUS, ISI Web Of Knowledge. dan kebiasaannya, laman enjin carian ini boleh dicapai daripada laman web perpustakaan universiti yang kita sambung belajar. dengan menggunakan perkhidmatan internet Universiti, jurnal-jurnal boleh didownload secara percuma (baca: free of charge), kerana pihak universiti telah membayar untuk pelajar dan penyelidik memuat turun sebanyak mungkin

enjin carian Google Scholar

selain enjin carian yang telah disebutkan di atas, jurnal dan conference proceeding boleh dicapai melalui enjin carian Google, iaitu Google Scholar. enjin carian akan mencari senarai journal yang berkaitan dengan carian yang dilakukan.

okeh, itu sahaja untuk entry kali ini...

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah