Wednesday, April 27, 2011

PhD: mengambil mood di awal pagi

Assalamu'alaykum,

pagi merupakan satu jangka masa yang sangat efektif kepada semua orang (baca: SEBENARNYA), akan tetapi, atas pelbagai aspek dan isu yang berlaku, waktu di pagi hari tidak membantu dalam mengoptimumkan tugas yang sepatutnya dilaksanakan (baca: malas dan tiada mood).


terutama kepada para penyelidik, yang menginginkan satu pagi dan petang yang efektif dengan pembacaan dan analisis yang mantap. lebih2 lagi dalam stage pembacaan (baca: literature review). ketika stage ini, kemalasan akan datang pada tahap maksimum, kerana perlu membaca banyak sangat (baca: banyak giler) jurnal untuk mengenalpasti kaedah dan kepelikan (baca: niche) penyelidikan orang lain, supaya penyelidik dalam mengeluarkan kaedah atau cara penyelidikan yang akhirnya, akan menyumbang kepada pembangunan penyelidikan (baca: untuk hari tersebut)

ada yang mulakan dengan membuka facebook untuk mengambil mood, dan melihat perkembangan semasa, ada yang mulakan dengan bersembang (baca: bergebang) untuk mencari step yang perlu dimulakan. ada yang minum secawan nescafe perungkai kemengantukan (baca: mengantuk). ada yang menulis di blog (baca: macam saya) untuk memulakan mood.

apapun, tak kisahlah bagaimana carapun, yang penting, jangan terlalu lama (baca: zakri, opsss...dah tengahari, aiseh...), kerana produktiviti tidak akan berjalan kemudiannya. satu lagi, peringatan ini untuk diri sendiri, iaitu jangan tidur lepas subuh, for whatever reason! so zakri, after this, please don't sleep after subuh. kena bertahan, even dah sangat tak larat+sakit sangat badan. kena bangun gak...do something like facebooking (baca: lepas subuh??) or else...you'll be like this...

that's all folks!

wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah