Wednesday, April 13, 2011

PhD: kegembiraan mencari maklumat dari journal

Assalamu'alaykum,

huh~

penat terasa nak menghabiskan satu journal pun. kaedah penulisan journal yang memerlukan pemerhatian yang rapi, dan perbincangan yang menarik, untuk menceritakan (baca: memahamkan) kepada pembaca, mengenai


dalam sesuatu jurnal, kebiasaannya, terdapat 4 peringkat. peringkat pertama, adalah untuk pengenalan (baca: introduction) kepada isu yang ingin dibangkitkan secara dasar. peringkat ini akan diterangkan secara ringkas mengenai penyelidikan yang penyelidik telah lakukan. ini bertujuan untuk memberikan mood (baca: sedikit pemahaman) sebelum peringkat yang dalam diterangkan.

peringkat kedua, kebiasaannya adalah mengenai method yang digunakan. sesetengahnya terus menerangkan (baca: bercerita) mengenai analisis yang telah dilakukan, formula, gabungan beberapa perkara dan sebagainya. ini adalah peringkat dimana, penyelidik akan menerangkan isu-isu yang penting. isu yang telah diambil kira, dan kenapa diambil kira untuk mendapatkan hasil yang diinginkan (baca: hasil penyelidikan). kebiasaannya, peringkat ini adalah peringkat paling panjang dalam sesuatu jurnal.

peringkat seterusnya adalah peringkat perbincangan, atau lebih tepat analisis. dalam peringkat ini, penyelidik (baca: penulis jurnal) akan menerangkan dengan mendalam, mengenai perbandingan, analisis, ujian2 yang dilaksanakan. perbincangan juga akan menerangkan secara kritis tentang sesuatu hasil. di tahap ini, untuk memahami sesuatu jurnal itu, memerlukan pemerhatian yang lebih, untuk melihat di mana fokus (baca: niche) sesuatu penyelidikan itu dilakukan. dan seterusnya akan membantu penyelidik mencari fokus (baca: kelopongan) yang belum disentuh lagi, dan mungkin kelopongan (baca: fokus) yang tidak dilakukan itu, boleh dilaksanakan untuk penyelidikan pembaca tersebut.

peringkat terakhir, kebiasaanya adalah kesimpulan dan arah tuju penyelidikan yang berikutnya. dalam perbincangan peringkat ini, penulis akan menerangkan kepentingan penyelidikan (baca: dan penulisan jurnal tersebut), dan apa sumbangan yang telah dilakukan. selain itu, hala tuju juga akan diletakkan dalam peringkat ini.

orait, itu sahaja untuk entry kali ini. perbincangan mengenai peringkat jurnal ini adalah bukan secara rasmi, tapi kebanyakannya menulis seperti method di atas. walaupun kadangkala terdapat kaedah yang berlainan. selain itu, penulisan jurnal yang sangat mantap, kebiasaannya sekadar 6-7 muka surat. dan isi yang sangat padat adalah lebih baik dari menggunakan ayat meleret sehingga 20ms.

wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah