Tuesday, March 8, 2011

PhD: summary dari jurnal

Assalamu'alaykum,

dalam membuat pembacaan jurnal yang berjela2 (baca: berlambak2), perlunya satu sistem untuk menguruskan segala literature yang dibaca, agar mudah untuk membuat rujukan dan pembacaan semula di masa akan datang. satu sistem yang diperkenalkan adalah untuk meletakkan nombor (baca: numbering), (rujuk gambar: ada no 24), dan maklumat jurnal dimasukkan dalam software yang mampu menyimpan (baca: support) maklumat seperti EndNote dan sebagainya..



selepas itu, jurnal yang dibaca hendaklah dibuat rumusan, diambil point2 penting, kalau tak mampu menaip terus ke dalam pc, boleh ditulis dalam jurnal penyelidikan, seperti rajah di sebelah. ini membantu untuk mengeluarkan (baca: mendapatkan) point2 dari sesuatu jurnal. dan selepas membaca beberapa jurnal (baca: puluhan jurnal), maka satu jurnal kepunyaan sendiri boleh dikeluarkan.

dan jurnal yang telah dibaca (baca: dan ditanda), boleh disimpan dalam fail yang comey, untuk kegunaan masa akan datang. dan sebaik-baiknya, hasil rumusan dimasukkan terus dalam bentuk word, atau dalam apa juga bentuk softcopy (baca: salinan lembut), supaya proses peniruan (baca: copy and paste), boleh dilaksanakan dalam masa yang lebih singkat.


kegunaan rumusan, adalah untuk merujuk perkara atau point yang dapat dikeluarkan (baca: yang difahami), dan sekiranya rumusan tidak membantu, maka carian semula boleh dilaksanakan dengan lebih mudah dan berkesan, dengan kaedah penyimpanan fail (baca: jurnal yang diconteng) yang terurus.

wallahu'alam..

*p/s: kenapa mataku pedih hari ini, menyucuk2 mata kananku..adakah bermasalah? kena buat checkup...adoi...

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah