Sunday, March 20, 2011

PhD: sumber rujukan tambahan

Assalamu'alaykum,

mm..dalam buat penyelidikan PhD ni, terdapat banyak sumber, paling utama adalah jurnal...kenapa jurnal? kerana jurnal adalah satu kaedah penulisan saintifik yang diapprove oleh pakar2 dalam bidang mereka (baca: dan juga kita). untuk menulis jurnal, memerlukan ilmu yang banyak, dan kaedah penulisan yang betul. dan perlu dihantar ke jurnal, dan proses menunggu untuk diapprove, adalah sangat menyiksakan..selain itu, jurnal juga merupakan penulisan saintifik yang paling cepat dikeluarkan, berbanding buku. buku telah menjadi sumber kedua (baca: sumber kedua).

selain jurnal, buku, sumber rujukan penyelidikan yang lain adalah conferene proceeding, atau mungkin conference power point presentation (baca: hasil persembahan dalam konferens). ia lebih terkini, kerana dalam konferens, kebanyakan penyelidik akan menunjukkan hasil kajian terbaru masing2...dan untuk diterima dalam conference, tahap penulisannya tidak terlalu teknikal berbanding dalam jurnal (baca: bergantung kepada jenis konferens).

ok, itu sahaja, akan diupdate kemudian, kerana badan kepenatan, tak larat nak memerah otak+menaip..huhu

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah