Tuesday, March 29, 2011

PhD: stuck sedikit

Assalamu'alaykum,

stuck! satu perkataan yang sedikit menakutkan bagi penyelidik, lebih2 lagi sekiranya ia berlaku disaat-saat genting (baca: final year / semester), ianya menakutkan kerana sukar untuk meneruskan penyelidikan, dan sukar untuk mengenalpasti langkah seterusnya (baca: walaupun methodology dah cantik).

stuck membawa kepada tension~
kredit: healthmattersatwork.com

ada yang stuck di awal penyelidikan, ini memang biasa, kerana ketika peringkat awal penyelidikan, penyelidik kebiasaannya masih tercari2 rentak, dan keistimewaan (baca: niche) untuk memahami susur galur penyelidikan yang dibuat, dan juga untuk mengenalpasti kaedah (baca: metodologi) penyelidikan yang akan dilaksanakan.

dan kadang2, berlaku juga stuck ketika di pertengahan, ketika mengumpul data (baca: data collection), yang tiba2, data yang diambil, seperti tidak kena, walaupun penyelidikan awal, telah mengenalpasti keperluan data (baca: data requirement) yang diperlukan. dan sedikit perubahan (baca: minor adjusment) terhadap pengumpulan data terpaksa dibuat. akan tetapi, ianya masih boleh diperbaiki lagi, dan masih sempat untuk dikaji dengan mendalam.

akan tetapi, stuck di saat-saat akhir penyelidikan, adalah sesuatu yang menyakitkan. lebih2 lagi, sekiranya data yang dikumpul tidak mencukupi, dan perlu dibuat sekali lagi (baca: kalau data di kumpul di lautan? perlu ke laut lagi), melibatkan kos yang tinggi, kerana mungkin perlu membayar sewa alatan, dan lain2 sewa yang diperlukan (baca: penginapan dan makanan). dan sekiranya ia melibatkan jumlah pengumpul data yang besar? (baca: kawan2 tolong kumpul). ia akan menjadi masalah..

contoh perancangan - kredit: www.shutterstock.com

jadi, kesimpulannya, dalam proses penyelidikan, perlu ada perancangan yang rapi, usaha untuk mencapai perancangan tersebut, dan paling penting, untuk berdoa, dan berharap kepada ALLAH, agar segala urusan dapat dipermudahkan. bergantung harap kepada ALLAH, insyaALLAH, walaupun stuck, akan ada jalan keluarnya...

wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah