Saturday, March 12, 2011

PhD: sampingan dalam penyelidikan

Assalamu'alaykum,

dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penyelidik (baca: Student PhD), tidak dinafikan akan pentingnya untuk mengumpul pengalaman (baca: kerja kuli) disamping kerja2 penyelidikan. sebagai contoh, menggantikan Supervisor dalam subjek undergrad yang diajar. atau membantu dalam pengemaskinian makmal, atau mungkin, menjalankan seminar/proceeding untuk beberapa conference.

sama juga di sini, ia diperlukan dalam hidup sebagai pelajar, kerana ia akan menjana pemikiran janggal (baca: fikiran luar kotak), dan juga mendapatkan pengalaman untuk berinteraksi dengan manusia yang pelbagai jenis, ragam, dan sebagainya (baca: perangai).


selain itu, ada juga universiti yang mewajibkan pelajarnya untuk mengambil beberapa kursus (baca: subjek) sebagai syarat asas untuk graduasi. ia juga seperti melelahkan, dan mengganggu proses penyelidikan (baca: macam buat je), akan tetapi, ianya menjadikan kita lebih kuat, kerana perlu mempelbagaikan kaedah (baca; menguruskan diri) untuk menyeimbangkan antara penyelidikan, kursus, keluarga, dan lain2 hal.

jadi, sekiranya dalam anda melanjutkan pengajian, dan dijemput (baca; disuruh) untuk melaksanakan kerja2 lain, percayalah ianya untuk kebaikan diri anda juga. walaupun benda itu seperti tiada manfaat, tiada masa depan, tapi insyaALLAH, pastinya akan ada pengajaran/hikmah disebaliknya...

wallahu'alam..

*p/s: kejor yeop kejor...adoi...

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah