Thursday, March 3, 2011

PhD: Meja atau kolong research

Assalamu'alaykum,

sebagai salah seorang penyelidik yang (konon2 berjaya), setiap penyelidik diberikan satu meja (atau kolong) untuk menjalankan penyelidikan mereka. ini memudahkan proses penyelidikan, di mana penyelidik dapat meletakkan barangan penyelidikan, dan menjadikan meja tersebut sebagai base dalam mendapatkan data...

gambar di atas merupakan gambar meja (baca: kolong) saya di Spatial and Numerical Modelling Lab (SNML2). disebabkan hari ini ada meeting di sebelah pagi, dan kelas di waktu petang, masa di Lab hanya sekitar 2-3 jam sahaja. dan waktu ini perlu dioptimumkan sepenuhnya, dan hasilnya, jurnal akan bertindan dengan buku log, dan 2 komputer akan dipasang serentak (satu untuk taip, satu untuk baca+dengar lagu).

dibahagian bawah, terdapat laci (yang tak boleh dikunci lagi). jadi, ruang yang ada, perlu dioptimumkan sepenuhnya. dan ini akan memberikan keselesaan kepada penyelidik, sekiranya mereka pandai mengoptimumkan ruang yang ada.

berbanding di tempat saya bekerja (UTM), ada pelajar PhD yang diberikan ruang yang lebih besar, iaitu 2 kali ganda meja (kolong) yang saya ada di UPM ini. benar ianya lebih selesa, akan tetapi, dari segi yang lain, ia mungkin akan memberikan keadaan yang "terlalu selesa", dan mengurangkan produktiviti. wallahu'alam, bergantung kepada individu

regard

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah