Sunday, March 27, 2011

PhD: Mata Rabak

Assalamu'alaykum,

entry kali ini, tidak menyentuh penyelidikan PhD secara terus, tapi lebih kepada impak/akibat (baca: hasil) proses penyelidikan, dalam mendalami ilmu-ilmu (baca: bacaan literature) dari jurnal yang pelbagai. perlu diingat, dalam menganalisis jurnal dan proceeding yang pelbagai ini, kepala perlu kritis dan dinamis, untuk mengenalpasti kaedah, method yang digunakan oleh penulis jurnal/proceeding tersebut.

agak sukar, sekiranya isu yang dibaca, terkeluar dari bidang penyelidikan kita, namun, kadang2 ia membantu kerana pandangan sisi yang berbeza, mampu untuk memberikan impak dan contribution (baca: sumbangan) kepada penyelidikan kita. contohnya, kita membuat penyelidikan tentang web based technology, dan kita baca tentang pangkalan data enterprise, dan juga tentang pengurusan maklumat (baca: macam ada kesinambungan ke?), tapi kadang2, ilmu di luar bidang, mampu menjana idea yang lebih inovatif dan kreatif.

wallahu'alam...

*p/s: tengah pening baca tentang robot, giler jauh terkeluar tajuk dari GIS...hua hua

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah