Monday, March 7, 2011

PhD: langkah seterusnya

Assalamu'alaykum,

dalam meneruskan perjalanan yang tidak diketahui ini (unknown journey), terdapat pelbagai perkara yang perlu dilaksanakan...

dan semua perkara tersebut memerlukan perancangan yang teliti, dan perlaksaan yang rapi...

keduanya (perancangan dan perlaksanaan) perlu dilakukan secara seiring dan seimbang, untuk memastikan kelancaran dari awal hingga akhirnya...

dan perancangan ini tidak boleh sekadar tiba2 sahaja, ia memerlukan kesabaran, dan perahan pemikiran, untuk memastikan matlamat perancangan itu berjaya dengan jayanya..

dalam merancang untuk melakukan PhD, satu kaedah, untuk memastikan semua ini terjadi perlu dibincangkan bersama penyelia. dan perlu memastikan perancangan itu tidak terlalu idealistik, optimistik, dan sebagainya, akan tetapi, perlu positif dan realistik...maknanya ianya boleh dicapai, dan mempunyai contribution kepada pengetahuan...

wallahu'alam...





*p/s: selitan: rupanya banyak kumpulan nasyid baru, sampai tak tahu langsung...kena ikut balik trend ni..kembali kepada keadaan sebelum ini...huhu

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah