Monday, February 21, 2011

Phd: Proposal dalam penyelidikan

Assalamu'alaykum,

salah satu requirement dalam kita membuat penyelidikan, adalah untuk membina, atau menulis proposal / cadangan penyelidikan yang ringkas, tepat dan padat. ia akan menunjukkan pengenalan mengenai penyelidikan yang akan dilaksanakan, permasalahan yang dapat kita kenalpasti, apa yang ingin dicapai dalam penyelidikan tersebut, dan juga kaedah, atau cara untuk melaksanakan penyelidikan tersebut. cadangan penyelidikan ini akan menunjukkan secara ringkas kepada pihak yang berkelayakan dalam bidang yang sama, mengenai rancangan penyelidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh masa yang dibenarkan...

cadangan penyelidikan, merangkumi cadangan penuh, yang akan menerangkan secara penuh, apa yang akan kita laksanakan. ini biasanya akan diberikan kepada penyelia, ataupun kumpulan penyelia yang berkaitan...

ada juga cadangan penyelidikan yang bertujuan untuk mendapatkan dana atau lebih mudah dipanggil geran penyelidikan. dengan adanya geran penyelidikan, penyelidik/penyelia akan mendapat dana untuk membangunkan/melaksanakan penyelidikan yang diinginkan. dengan adanya dana, pembelian pekakasan, perisian, pengumpulan maklumat, proses analisis akan lebih mudah dilaksanakan, kerana ada bantuan kewangan dari pihak tertentu, terutamanya dari Kementerian Pengajian Tinggi, dan MOSTI.

untuk menulis cadangan penyelidikan yang baik, ia memerlukan kajian yang mendalam mengenai kajian yang akan dilaksanakan, apa yang telahpun dilaksanakan oleh pihak lain, dan perlu ada niche, atau sumbangan dalam masyarakat, bangsa agama dan negara...hua hua..

okeh, itu sahaja yang dapat dicoret dalam masa yang singkat ini. ringkasan mengenai proposal/cadangan penyelidikan...hehe...


zakri
dari Balai Ketibaan Domestik LCCT

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah