Friday, February 25, 2011

PhD: minggu yang tiada progress

Assalamu'alaykum,

dalam penyelidikan, perlunya untuk mempunyai progress, atau kemajuan dalam penyelidikan, tidak kira dalam bentuk penambahan bahan bacaan, penambahan perbicangan, atau mungkin, penambahan idea dalam penyelidikan. semuanya akan membawa kepada kemajuan penyelidikan, untuk mencapai matlamat akhirnya...

namun, minggu ini, kemajuan penyelidikan penyelidik yang seorang ini seperti tiada, jurnal tak sempat nak habiskan 1 pun, nak buat rumusan dari pembacaan sebelumnya tak sempat, nak berbicang dengan orang lebih "makan garam" pun tak berkesempatan. seperti langsung tiada penambahan pengetahuan (knowledge) dalam minggu ini. lagi2 dalam 2-3 hari lalu, penyelidik ini telah diserang selsema+batuk+sakit tekak yang agak teruk.

kesihatan, satu isu yang global dalam diri semua orang. namun, sebagai penyelidik, ianya menjadi sangat penting, lebih2 lagi andai telah dekat dengan tarikh (deadline/garismati) tertentu. jadi, untuk minggu ini, penyelidik yang sorang diserang selsema, sampai terpaksa berbaring sahaja untuk 2 hari...tak mampu nak buat apa2, tak boleh membaca dan sebagainya. pergi ke lab pun hanya bertahan untuk 2 jam, kemudian, kepala dah bengong, dan hidung semakin "mengalir" deras...lalu balik, makan panadol, dan tidur dengan tidak tenang, sebab kepala serabut, takde progress...dan pagi tadi pun sama, kepala sangat2 berat, makan ubat, lalu join kawan yang kerja shift malam untuk sama2 tidur...

wallahu'alam, semoga ALLAH beri peluang dan kesempatan untuk mendapat progress dalam perjalanan yang tidak pasti ini (ruslan, 2010)

"PhD is unknown journey"

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah