Tuesday, February 8, 2011

Phd: a journey - started

Assalamu'alaykum,

tahun ini, alhamdulillah, ALLAH telah membenarkan diri ini menyambung pengajian di peringkat PhD, selepas beberapa lama berusaha untuk menyambung pengajian, akan tetapi, masih banyak perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu...


bulan november dan disember yang lepas, menjadi bulan yang sangat sibuk. disebabkan peluang untuk menyambung pengajian di luar negara nampak tipis, ditambah dengan tambahan dan lambakan kerja yang menuntut masa lebih, hingga mengurangkan masa untuk menyiapkan diri..

bulan november, perlu mengisi borang online menyambung pengajian ke UPM, disusuli dengan penyediaan dokumen, photostat yang diperlukan. segala salinan sijil, degree dan master perlu ada. dan usai proses penghantaran borang ke UPM, proses seterusnya adalah menunggu samada diterima atau tidak. sebenarnya, memang tahu telah diterima, cuma perlukan hitam putih, yang menyatakan ianya telah rasmi..

sehari menerima surat rasmi secara online, borang untuk cuti belajar yang sedia menunggu, terus disiapkan. sebanyak 4 salinan perlu dihantar ke bahagian sumber manusia fakulti. dan borang perlu dalam kertas berwarna merah jambu. (merah jambu?), dan perlu ada CV sendiri dan CV penyelia. dan CV penyelia setebal 60++ muka surat...aisehh....

selesai menghantar borang tersebut, seterusnya, menunggu surat dari KPT dan dari UTM, surat rasmi yang membenarkan untuk cuti belajar. dan alhamdulillah, KPT sangat efektif, awal siapnya. dan dapat surat KPT, perlu difoward kepada pihak HCD UTM.

kemudian, borang2 KPT, perlu dilihat online, dan perlu diprint-out, dan diisi dalam masa 14 hari (adoi), dan kelam kabut balik ke johor bahru, menyiapkan semuanya. dan alhamdulillah, dapat diselesaikan dalam 2-3 hari sahaja. dan ketika ingin pulang ke serdang, pergi ke HCD, untuk ambil surat cuti belajar, rupanya, saya perlu mengisi borang cuti belajar untuk UTM pula (owh, ada lagi?), dan pada cuti tahun baru cina, balik lagi ke jb untuk menyelesaikannya, rupanya, perlu kosongkan bilik pensyarah pula (mengemas), dan urusan borang perjanjian tidak selesai lagi...adoi..

dan sampai ke hari ini, masih belum settle lagi perkara tersebut. mungkin perlu balik jb lagi hujung minggu ini, dan seterusnya menyelesaikan urusan tersebut.

PhD- sememangnya satu perjalanan, journey yang tidak diketahui....


-----
*p/s: blog ini akan penuh dengan entry tentang PhD. cuba untuk menukilkan pengalaman, agar dapat jadi ingatan di masa akan datang...insyaALLAH...

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah