Monday, February 28, 2011

PhD: berjumpa Timb Pengarah JUPeM ~ Sr Ahmad Fauzi

Assalamu'alaykum,

wah wah~ selepas lebih 2 bulan berusaha untuk menghubungi Yang Berbahagia Tuan Sr Ahmad Fauzi, akhirnya, semalam kami dapat bertemu sekitar sejam, untuk membincangkan perkara berkaitan dengan penyelidikan yang akan saya lakukan.

walaupun sejam, akan tetapi, ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan, seperti berbulan-bulan mengkaji sendiri perkara yang dijelaskan....alhamdulillah, kerjasama dari pihak Yang Berbahagia Sr Ahmad Fauzi sangat2 mudah...malah dia memberikan lampu hijau untuk sama2 dalam penyelidikan ini. walaupun idea asalnya bermula tahun 2004, namun, dia masih lagi ingat perkara-perkara berbangkit mengenai keadaan semasa tersebut.

sayang pula, sebab tidak mengambil gambar bersama beliau. kalau ambil gambar, lebih comey rasanya entry kali ini..

wallahu'alam...diharapkan beliau akan terus membantu saya. dan harapannya agar kemajuan projek akan bertambah-tambah dengan bantuan darinya.


tapi, peringatan untuk diri sendiri: jangan terlalu bergantung pada orang lain, kerja asalnya, perlu dilaksanakan sendiri...

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah