Monday, November 16, 2009

Saling Nasihat Menasihati

Assalamu'alaykum,


beberapa hari yang lalu, aku ada bermesyuarat dengan sahabat2, merancang dan melaksanakan program Sukan untuk Remaja, iaitu SUkan REmaja (SURE) KRJ 2009, yang bertempat di Pasir Gudang.


namun, yang menariknya, sebelum mesyuarat masuk ke dalam agenda utama, agenda pertama selepas pembukaan mesyuarat, adalah tazkirah, atau peringatan kepada semua yang hadir. kenapa ye?



dan individu yang diberikan amanah untuk menasihati kami itu, telah memberikan nasihat tentang nasihat! 


satu perkara yang mudah. peringatan untuk kita semua, agar memperingati, menasihati orang2 sekeliling kita. lebih2 lagi dalam program yang besar, lebih lagi nasihat itu perlu diperluaskan. kenapa? untuk mengajak kepada yang baik, dan mencegah yang tidak baik. mudah sahaja.


insyaALLAH, semoga hati kita semua ditetapkan untuk terus beriman, dan akan terus menasihati dengan baik, dan dengan hikmah kepada orang terdekat, dan orang2 yang nampak melakukan yang tidak baik...


jangan lupa, dengan bersopan, dengan hikmah ye!

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah