Tuesday, November 10, 2009

Jaulah selasa malam

Assalamu'alaykum,

alhamdulillah, malam ini dapat menziarahi seorang sahabat (baca: pakcik sebenarnya), yang alhamdulillah, diberikan keizinan untuk menjadi tetamu istimewa ALLAH untuk tahun ini, iaitu Pakcik Taha, yang bekerja sebagai pegawai X-Ray di UTM.

dan dia telah berkongsi, bahawa ianya adalah izin ALLAH, kerana keizian ALLAH yang menyebabkan dia diberikan peluang tahun ini.

kenapa? ada orang yang daftar pergi haji, sudah 10 tahun, namun ALLAH masih belum izinkan..ada yang daftar bulan Februari, bulan November telah diizinkan ALLAH untuk datang...kan rezeki dan izin ALLAH semua itu?

lalu, terkesima sebentar...aku menjadi pensyarah, atas izin ALLAH, pasti ada hikmah dan ada sesuatu yang ALLAH ingin aku lakukan di sini, kan?

semoga ALLAH membuka mata hati ini, untuk melihat jauh ke depan, apa hikmahnya aku ditempatkan di sini, sedangkan sekiranya mahu, aku pasti berada di tempat lain, dengan keadaan yang lebih mewah dari ini...

amin....

No comments:

Post a Comment

PaLS

PaLS
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah